Sunday, July 8, 2012

The Greatest Moment Part 2

       Assalammualaikum, hi and annyeong! i'm so sorry cuz dah lama kot tertangguh nak publish entry ni.. So here the greatest moment part 2. First of all, entry ini tak banyak yang ili nak cerita, sebab.. agak lupa nama nama tempat yang dilawati. 



okay, jim alip kaf wau nun. haha Bau dekat situ jangan cerita lah, sampai jubah jubah sekali bau. 



Waktu ni lepas solat Isya', nak beli Al-Quran untuk diwakafkan. Mahal dekat sini, murah lg yang dijual luar masjid. Lokasi gambar ini di Makkah Clock Tower. Seriously besar. Ada tiga bahagian tak silap, salah satu bahagian tu jual semua branded stuff, ala ala Pavillion. Cuci mata jelah *~* Yg bahagian lain2 berbaloi baloi harga.



naik jangan tak naik, gambar jangan lupa. Masa ni dekat Jabal Rahmah



Lepas doa. Biasanya orang akan doa yang berkaitan dengan jodoh di Jabal Rahmah, insya-Allah makbul.



Muka penat lepas turun dari Jabal Rahmah, ada beli aiskrim, tp dah habis sebab cair. Ya, yang tunjuk peace tu me and my mother. Tak terjangka ibu pun nak buat peace. Dan sebabtu muka Ili mcm tu. Terkejut :p


Ramai kan? Mutawif kata tahun ni tahun paling ramai jemaah umrahnya. Seriously ramai sangat.. 



Gambar diambil dari tingkat 2. Tingkat 3 perempuan tak boleh naik :(



suasana ketika waktu malam, rasanya ini waktu nak solat Isya'.  Subhanallah, ramainya jemaah. Waktu dalam masjid, mmg kena banyak bersabar dgn mak arab. Selalunya 1-2 jam sebelum waktu solat, Ili dah ke masjid untuk beriktikaf. Awal pergi dapatlah saf depan. Masjid ni ada yang berhawa dingin. tapi  kawasan tu tak nampak kaabah. Bila dah nak masuk waktu mula lah ramai, saf pun penuh. Yang mak arab ni suka hati je duduk depan kita, tempat nak sujud. Mana lah hati ni tak panas je. Kalau badan size macam model tu takpa lah, ni size XL-XXL. Diorang pun buat tak tahu je bila suruh beralih ke tmpt lain. *sigh*



Tak sangka boleh jumpa cikgu sekolah dekat sana ;) ckg Katijah. Lepas breakfast turun nak shopping sekali terserempak dengan dia. 





Muka kepanasan lepas selesai Tawaf 7 keliling. 

Alhamdulillah rezeki Ili dapat kucup Hajarul Aswad.. walaupun sikit. Waktu nak kucup tu, Ya Allah payahnya memang tak boleh digambarkan. Imagine badan ili yg kecil ni kena tarik lengan dengan mak arab yang saiz bdnnya tak payah nak cerita lah kan. Dengan ada yang kena tarik telekung sampai nampak rambut. Ili pula dah kena tarik lengan, sakitnya Allah jelah yang tahu. Lepastu dengan kena himpit, tolak, tersepit.. Ada satu tembok ni dekat2 dengan tempat hajarul aswad, ili dekat situ, badan ni ditolak rapat terlalu rapat dgn tembok tu, dalam hati Ili waktu tu terlintas  hidup ke tak aku lepas ni. Nasib baik ada seorang makcik ni tolong tarik ili ke hajarul aswad. 

Bila  dah selesai kucup hajarul aswad, nak keluar dari kawasan tu.. Ya Allah.. orang tolak tolak ke arah depan, ili pula jalan lawan arus.. Ili bernasib baik lagi ada seorang makcik ni tolong tarik ili keluar, dan dgn mudahnya ili keluar dari kawasan tu pun sebab mak arab tolak -,- muka dia memang macam nak cari gaduh. Ili sabar. Rasa lega dan bersyukur sangat Ili tak apa-apa. Air mata pun menitis.. terus pergi ambil air zam-zam. Duduk dekat tangga tenangkan diri ngadap Kaabah, tunggu ibu dan kakak selesai kucup Hajarul Aswad.



Makkah Clock Tower. Subhanallah ~ (cr;my bro)



Ya, shopping! lepas selesa solat Isya' Orang arab sekarang ni dah fasih bahasa melayu. Tak payah lah fikir nak cakap b.arab dgn dia. Cuma tips bila berbelanja tu kena pandai tawar-menawar, jgn setakat kurangkan 3-4 riyal. Minta Less 10 riyal, mesti dapat. Tp ada juga yg kedekut. Oh ya, kalau pergi je tiap tiap kedai, ayat yang selalu diulang 'Mariii mariiii, mari masuk. Murah murah ' 'Tengok-tengok, tengok dulu. Murah-murah'  kelakar je bila dgr diorg sebut xD ada satu kedai ni, pak arab tu siap kira lg 123456 dalam bahasa jawa. Lucu sgt ~


Location: Museum.  Bukan Muzium, nama kedai tu Museum. Sejadah dekat sini design nya mashaallah, lawa sangat. Harga pun lawa lah. Hehe Comel kan? budak ni malu malu pulak nak senyum.



lepas ayah dia suruh senyum, baru dia senyum. Alolo comel :3



Meow ni sangat manja, hmm rindu sangat dgn dia :( selalu tidur dalam pasu. Depan hotel.



haa, yang pandang tempat lain tu adik beradik meow tu. Mula2 ambil gambar dgn sekor lagi tu, tetiba dia datang duduk sebelah. Comel gila ;D





Ni pula kitten dekat kedai luar dari Masjidil haram.. That's me, w/o face.. i'm wearing niqab cuz the weather was so hot.


Cukuplah sampai disini. Panjang rasanya :P Semoga kita sama-sama dijemput oleh Allah sebagai tetamunya pada setiap tahun. Amin Ya Rabbal Alamin ~

No comments: